Loading...
Loading...
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Apa khabar semua? Semoga semua yang mengunjungi blog MaDiHaA hari ini semuanya sihat2 sahaja. MaDiHaA sendiri pun sebenarnya kesihatan tidaklah begitu baik. Tetapi alhamdulillah masih mampu melaksanakan kerja harian seperti biasa. Biasalahkan bila sudah berusia kesihatan merosot & stamina pun tak sama macam masa muda2 dulu. Maka... jagalah kesihatan & pemakanan kita dari usia muda. Bak kata orang tu nak makan apa pun biar berpada2.
Diam tak diam hanya tinggal tak sampai sebulan dah nak masuk cuti sekolah. Cepat betul masa berlalu. Dari setahun ke setahun rasanya masa berlalu begitu pantas. Kalau dulu MaDiHaA kelam kabut dengan anak kecil dengan setiap hari pegi kerja kena hantar baby ke pengasuh, tapi sekarang ni sibuk dengan persekolahan mereka pula. Semuanya berlalu pantas. Usia pun dah semakin bertambah nak masuk setengah abad. Apa pun syukur alhamduillah kerana diberi peluang menikmati pengalaman hidup yang akan menjadi kenangan manis di hari tua nanti. Mudah2an anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang berjaya dunia & akhirat. Tak lupakan tanggungjawabnya pada ayah & ibu. Aamin..
Cerita pasal anak2, inilah dia nasi tomato yang MaDiHaA masak waktu kakak Dini balik dari asrama. Bila anak balik dari asrama barulah masak yang agak istimewa sikit. Yelah, bila tak cukup sorang ahli keluarga dalam rumah memang rasa tak sampai hati nak masak... hati tu dok ingat je kat anak yang kat asrama. Begitulah naluri seorang ibu. Padahal bukanlah masak yang grand-grand sangat pun. Nasi tomato je pun.... hehehe...
Jom MaDiHaA kongsi resepi nasi tomato yang mudah ni... Lauknya MaDiHaA gandingkan dengan acar timun campur nenas serta ayam masak merah kegemaran anak2. Bertambah2 mereka makan.
Nasi Tomato
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
5 pot beras basmathi (pot rice cooker) ~ cuci & rendam 30 minit
6 pot air
1 pot susu cair
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin/butter
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar oren sunquick
2 sudu kecil garam atau secukupnya
Bahan menumis
5 ulas bawang merah ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dimayang
1 inci halia ~ dihiris batang mancis halus
2 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
rempah 4 sekawan
Cara menyediakan
1. Toskan beras yang direndam. Panaskan minyak sapi dan butter di dalam periuk rice cooker di atas dapur. Tumiskan bahan2 menumis hingga wangi & layu.
2. Masukkan beras yang telah ditoskan tadi lalu dikacau rata.
3. Campurkan tomato puri & oren sunquick di dalam air yang telah disukat & kacau sehingga rata. Tuangkan ke dalam periuk beserta susu cair & garam. Kacau rata2.
4. Pindahkan periuk tadi ke dalam periuk rice cooker & tekan cook/on.
5. Tunggu sehingga nasi masak sepenuhnya. Jangan buka periuk sehingga mahu dihidangkan. Sebelum hidang, karih nasi menggunakan chopstick supaya ianya sekata.
Selamat mencuba!
0 Response to "Nasi Tomato"
Post a Comment