Loading...

KUIH GETAS GULA MELAKA

Loading...

KUIH GETAS GULA MELAKA

1 cawan tepung pulut⁣
3 sdm tepung ubi kayu⁣
120 ml air⁣
1 sdt garam ⁣
1 cawan kelapa parut⁣
Gaulkan semua bahan diatas kecuali air.⁣
Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tak melekat di tangan.⁣
Bentukkan bulat memanjang atau sesuai selera, goreng dengan api sederhana sehingga agak keperangan.⁣
Angkat dan tos kan.
Lapisan Gula:⁣
1/2 cawan gula
Loading...
merah⁣
1/2 cawan air⁣
Dalam kuali non stick, masak gula dan air hingga mendidih dan pekat.⁣
Kecilkan api.⁣
Masukkan getas yang tadi ke dalam lapisan gula merah, kacau rata hingga semua tersalut rata dan gula berkaramel.⁣
Tutup api, biarkan sekejap sehingga lapisan gula merah mengeras.⁣
NOTA:⁣
Petua untuk mengelakkan kuih getas meletup semasa digoreng:⁣
Masukkan adunan kuih yang siap dibentuk kedalam kuali yang berisi minyak (jangan tunggu hingga minyak PANAS)⁣
Masak dengan api kecil dan biar minyak dan kuih panas perlahan-lahan. In sha Allah kuih tidak meletup-letup.⁣



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KUIH GETAS GULA MELAKA"

Post a Comment

Loading...